BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 29, 2010

ORANG KATA....CIKGU KATA.....AKU RASA......

ORANG KATA ..... enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatlah. CIKGU KATA ..... orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput. AKU RASA ..... betul jugak tu ...... ORANG KATA ..... exam tu susah, kena banyak sacrifice, constant study ..... past year papers dan macam-macam lagi. CIKGU KATA ..... exam tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalau ajal, entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan. AKU RASA ..... betul jugak tu ...... ORANG KATA ..... have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!! CIKGU KATA ..... setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat ...... AKU RASA ..... betul jugak tu ...... ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, kapal selam, jet sukhoi, makan lazat ...... baru hati puas! CIKGU KATA ..... ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak tempah tempat Al-Firdaus? AKU RASA ..... betul jugak tu ...... ORANG KATA ..... successful people have a good time management, ada bisnes di KL, Paris, Mongolia, Tokyo ..... masih sempat berkempen untuk pilihanraya,masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat membuat fitnah sana sini, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect! CIKGU KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun? AKU RASA ..... err ..... betul cakap CIKGU!

Life's Too Short

NASIHAT SEORANG GURU KEPADA SAYA

  1. Hormat guru dengan seadanya.
  2. Hormat ibu bapa.
  3. Jangan fikir diri kita lebih bijak daripada guru.
  4. Sentiasa merendah diri dan tidak menunjuk2 kebolehan diri/ tawaduk.
  5. Istiqamah.
  6. Jangan sesekali ingkar suruhan Allah swt.
  7. Selalu bersedekah.
  8. Selalu menunaikan solat sunat pada malam hari.
  9. Selalu membaca al-Quran.
  10. Sentiasa berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.
Jika kita melanggar semua ini, jangan harap untuk kita mendapat keredhaan dari-Nya. Dalam bahasa mudahnya, "Selamat Jalan".

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ADIK AMINURASYID

Salam. Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan khabar kematian seorang remaja belasan tahun iaitu Aminurasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis. Sedih rasanya apabila kita mendengar berita ini. Kematian adik Aminurasyid sungguh tragis untuk digambarkan. Seorang remaja yang tidak melakukan jenayah berat tiba-tiba ditembak mati. Adakah ini memberi isyarat supaya rakyat Malaysia berhati-hati apabila keluar rumah, takut-takut ditembak seperti ini? Bagaimana perasaan keluarga mangsa untuk menghadapi dugaan yang hebat ini? Walaupun kita tahu bahawa bukan semua anggota polis bersikap demikian, namun jangan disebabkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu, pihak atasan harus mendisiplinkan anggota mereka supaya kejadian seperti ini tidak berulang kembali. Realitinya, pihak polis banyak berjasa kepada negara kita dan itu kita tahu. Tetapi mereka haruslah melakukan sesuatu supaya rakyat Malaysia tidak memandang sinis akan peranan pihak polis. Akhir kata, diharap keluarga mangsa dapat menerima dugaan ini dengan tabah kerana "Semakin kuat cubaan dan dugaan, Semakin tinggi iman seseorang". Sekian

Salam Perkenalan!

Salam dan salam perkenalan saya ucapkan kepada pengunjung blog ini kerana sudi meluangkan masa untuk berkunjung di teratak hina ini. Blog ini diwujudkan untuk menyebarkan informasi-informasi terkini seperti isu-isu semasa yang terjadi di dalam negara mahupun di luar negara. Blog ini juga berfungsi sebagai diari kehidupan saya dan juga mungkin akan diselitkan petua-petua berguna tentang sesuatu perkara seperti pelajaran, kestressan melampau dan sebagainya. Setiap tajuk yang dipaparkan di sini adalah daripada pemikiran saya sendiri. Sekian dahulu coretan dan bebelan saya.