BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 17, 2010

PERJUANGAN BELUM SELESAI !!

Salam

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana sudah lama blog saya tidak dihiasi dengan entri2 yang terbaru supaya dapat menyegar dan membugarkan minda kita. Ini kerana kehidupan saya sudah memasuki satu fasa yang baru yakni alam yang penuh dengan cubaan dan dugaan. Tanggal 4 Julai 2010, saya telah memasuki satu alam yang baru dalam kehidupan saya iaitu alam kampus. Pada mulanya diri berasa sangat janggal dan tidak dapat menyesuaikan diri di tempat yang baru. Di sekeliling kampus saya merupakan sebuah kota raya yang boleh menguji dan menggetarkan keimanan seseorang. Di dalamnya pula terdapat pelbagai jenis manusia dengan caranya yang berbeza, ada yang berfesyenkan kebaratan, ketimuran mahupun kekampungan. Semuanya terletak pada diri masing2 untuk memandu dirinya sama ada ke arah kebaikan ataupun keburukan. Sepatutnya setiap pelajar itu harus menanam satu niat dalam diri apa sebenarnya tujuan mereka datang ke universiti, apakah mereka mahu mengejar cita2 dengan merebut ilmu2 sebanyak mungkin ataupun hanya untuk menghabiskan duit "mak bapak" kalian? Lu thinking la sorang2.....

Setelah 2 minggu berada di sini, diri ini sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang 100% berbeza ini. Pada mulanya, minda ini seakan2 kosong dan tidak mengerti apa2 tentang kehidupan di sini dan adakalanya seperti orang yang bodoh dan dungu. Tetapi dari semasa ke semasa kita belajar dan belajar sesuatu yang baru dan mengaplikasikannya, insyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Saya selalu memotivasi diri ini dengan mengatakan bahawa kita berada di sini kerana ia merupakan satu tanggungjawab kita terhadap agama, ibubapa dan diri kita dalam menuntut ilmu. Perjuangan masih belum selesai dalam menjayakan visi2 yang kita impikan. Oleh itu, berjuanglah kamu sehingga ke titisan darah yang terakhir!!