BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 14, 2010

Pembunuhan Sadis!!




Pembunuhan sadis.... Di manakah sifat kemanusiaan yang kita praktikkan selama ini??

Ke manakah hila
ngnya sifat itu? ke lautkah? ke lombongkah? ke planet lainkah? di bawa lari Syaitankah? di bawa lari toyolkah? Ataupun sifat itu masih ada di dalam diri, cuma ia dikambus oleh titik2 hitam yang penuh dengan kedengkian, kezaliman, kefasikan, ketamakan dan keegoan??

Masyarakat kini berada dalam ambang suasana yang penu
h dengan ketakutan dan nyawa mereka bila2 masa boleh diambil dengan tragis. Ini kerana semakin maju sesebuah zaman, semakin manusia berlumba2 mengutip dan mengaut segala keuntungan sehinggakan nyawa orang lain menjadi taruhan. Semua ini hanya semata2 kerana dunia. Pembunuhan akan terus berlaku dan berlaku sehingga suatu hari nanti akan menjadi budaya masyarakat dalam mencapai sesuatu perkara diingini jika tindakan dan alternatif untuk mengatasinya tidak diselesaikan dengan efektif dan secara bijaksana. Bagi mereka nyawa manusia umpama seekor nyamuk yang menggigit mereka lalu dipukul nyamuk itu dengan kuat dan selepas itu ditenyeh sehingga lumat. Apabila masnu
sia jauh daripada agama, maka inilah yang terjadi sekarang. Setiap agama di dunia ini mengajar erti kebaikan dan menghormati setiap manusia di atas muka bumi ini. Jika seseorang itu
mempunyai asas2 agama, maka semua ini tidak akan berlaku.



Kepada pembunuh dan bakal pembunuh, sentiasalah mengingati mati. Apakah kamu fikir kamu tidak akan mati? Apakah kamu yakin
bahawa seorang pembunuh akan ditempatkan di syurga??Yakinlah bahawa tekaan kamu itu meleset (kesian..). Tiada tempat syurga manusia bertopengkan syaitan seperti kamu ini. Tidakkah kamu takut untuk menghadapi mati kelak? Tidakkah kamu fikir saat2 roh kamu keluar dari jasad? Tidakkah kamu terfikir jika kamu bunuh orang lain, apakah keluarga kamu nanti akan selamat daripada mangsa pembunuhan oleh orang lain pula? Heyy!! Tidakkah kamu terfikir saat2 keluarga si mati meratapi dengan penuh kesedihan di atas kematian orang yang mereka sayangi? Masih belum terlambat untuk kamu menginsafi diri kamu itu....Kamu masih ada masa untuk memohon keampunan kepada Allah.


Cara Mengatasi

Cara mengatasinya sangatlah mudah iaitu kembalilah kepada Islam. Kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah....Undang2 yang dicipta manusia ini tidaklah sesempurna jika dibandingkan dengan ciptaan Pencipta kita. Jika kita amati sejarah pada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga zaman Saidina Ali, hanya lebih kurang beberapa orang sahaja yang dihukum mati. Ini menunjukkan Undang2 yang ditetapkan o
l
eh Allah sangatlah adil dan tidak membebani sesiapa. Secara tidak langsung ia dapat
mengurangkan kadar jenayah. Begitu juga bagi yang terlanjur melakukan jenayah, mereka akan lebih bersedia untuk tampil menyerahkan diri mereka untuk dihukum dengan undang2 Islam demi untuk mengelakka
n hukuman di akhirat. Inilah yang berlaku pada zaman Rasulullah, dan Khulafa' al- Rasyidin. Berbeza dengan undang2 sivil yang langsung tidak ada hubungan dengan iman atau aqidah. Keberkesanan undang2 sivil bergantung sepenuhnya kepada kekerasan undang2, penguatkuasaan dan pengawalan pemerintah. Oleh itu, tidak ada alasan lagi yang boleh diberi anda atau sesetengah pihak dalam melaksanakan undang Islam. Jika kita menghadapi apa2 masalah,
dengan pantas kita menadah tangan m
emohon kepada Allah, kenapa apabila menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan masyarakat kita tidak kembali kepada Pencipta kita??

"...Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim." Al-Baqarah 2:229

Fikir2kanlah......




0 comments: