BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 22, 2010

Lawak Teragung!! He3

Soalan: Perkara atau Benda Paling Pantas?



Seorang CEO yang bernama Man Gyver ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu

permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun

beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,

lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald

Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula

berkata,

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang

memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?”,

tanya CEO tersebut.


  • Calon pertama - Didie ( Bukan Didie Alias k)


“FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus, satu jawapan yang baik”, kata CEO tadi.


“Kamu pula?”, tanya nya kepada calon kedua.

  • Calon Kedua - Din (Bukan Nama Sebenar)

“KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun,

mata kita dah berkelip”, jawab calon kedua.


“Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut

SEKELIP MATA melambangkan kepantasan”, kata CEO itu.

“Bagaimana kamu pula?”, tanya CEO kepada calon ketiga.

  • Calon Ketiga - Alan (Bukan Cina tapi Melayu)

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan

tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas, jawab

calon ketiga.


“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?”

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon

ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan

yang sangat bagus sebentar tadi.

  • Calon Keempat - Sedek Segaraga

“Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa

perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT”, jawab calon keempat

dengan yakin sekali.


“Haaa…???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu

boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?”, CEO terkejut dengan jawapan

calon keempat tadi.


“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa

sakit

perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau

MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah…………..”

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat

berkenaan…………..


Tahniah Sedek!! hoho


Pengajaran yang boleh diambil:


  • Kita mesti berfikiran realistik dalam sesuatu perkara.
  • Mesti bijak memikat hati seseorang melalui tutur kata.
  • Jangan memperkecilkan kewibawaan seseorang jika seseorang itu memberi analogi yang kotor.
  • Bersiap sedia mental dan fizikal dalam menghadapi apa jua keadaan seperti menghadiri temuduga.


3 comments:

Anonymous said...

Cerita apa ni? Macam syok sendiri je? Jangan marah aaa......

Fit10 said...

hahaha....Jangan marah ya, ia tidak ada kena mngena yg hidup mahupun yang sudah mati....Kamu terasa eh?? he3

hjmalek said...

kelakau lah Fit ni he he