BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 22, 2011

Apa Sudah Jadi?? Pilihanraya lagi... Adooiii !!!

Salam dan salam penyambung ikatan antara kita......


Saya tidak perlu mengulas mengenai mengapa saya tidak update entri terbaru....Saya tidak suka mengemukakan alasan demi alasan....Sesungguhnya ia hanya akan menyemai sikap hipokrasi yang ada pada saya.....Biarlah ia menjadi rahsia dan misteri supaya kalian berfikir dan berfikir untuk mencari jawapannya.....Apabila kita berfikir, otak kita akan bekerja dan berfungsi dengan baik tanpa mengalami tekanan....Darah2 yang sedang mengalir pun tidak tersekat ataupun ada traffic light malah mengalir laju dalam membantu mencari idea dan jawapan....

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai Pilihanraya kecil yang sudah mencecah belasan PRK.....PRK telah menjadi fenomena pada hari ini......Mengapa ini terjadi?? Adakah kita patut salahkan parti politik kerana mencari calon yang kurang sihat2?? Ataupun kita harus menyalahkan YB2 yang berpaling tadah demi memenuhi agenda tertentu?? Jawapannya adalah kerana..........BERSAMBUNG..........(Sabar ya pak.....huhuhuu)

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Salam Maal Hijrah 1432H kepada seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia....Marilah sama2 kita berbuat sesuatu yang dapat memberi manfaat dalam kehidupan kita ini....Tekadkan azam dan gerakkan azam itu supaya ia dapat diinterpretasikan dalam kehidupan kita....Jangan sekadar bibir memainkan peranan, namun tiada tindakan untuk mengaplikasikannya....Sama2 kita hayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang penuh dengan pengajaran, pedoman dan teladan yang boleh kita kutip dan ambil serta contohi daripadanya.

Sunday, November 14, 2010

Pembunuhan Sadis!!




Pembunuhan sadis.... Di manakah sifat kemanusiaan yang kita praktikkan selama ini??

Ke manakah hila
ngnya sifat itu? ke lautkah? ke lombongkah? ke planet lainkah? di bawa lari Syaitankah? di bawa lari toyolkah? Ataupun sifat itu masih ada di dalam diri, cuma ia dikambus oleh titik2 hitam yang penuh dengan kedengkian, kezaliman, kefasikan, ketamakan dan keegoan??

Masyarakat kini berada dalam ambang suasana yang penu
h dengan ketakutan dan nyawa mereka bila2 masa boleh diambil dengan tragis. Ini kerana semakin maju sesebuah zaman, semakin manusia berlumba2 mengutip dan mengaut segala keuntungan sehinggakan nyawa orang lain menjadi taruhan. Semua ini hanya semata2 kerana dunia. Pembunuhan akan terus berlaku dan berlaku sehingga suatu hari nanti akan menjadi budaya masyarakat dalam mencapai sesuatu perkara diingini jika tindakan dan alternatif untuk mengatasinya tidak diselesaikan dengan efektif dan secara bijaksana. Bagi mereka nyawa manusia umpama seekor nyamuk yang menggigit mereka lalu dipukul nyamuk itu dengan kuat dan selepas itu ditenyeh sehingga lumat. Apabila masnu
sia jauh daripada agama, maka inilah yang terjadi sekarang. Setiap agama di dunia ini mengajar erti kebaikan dan menghormati setiap manusia di atas muka bumi ini. Jika seseorang itu
mempunyai asas2 agama, maka semua ini tidak akan berlaku.



Kepada pembunuh dan bakal pembunuh, sentiasalah mengingati mati. Apakah kamu fikir kamu tidak akan mati? Apakah kamu yakin
bahawa seorang pembunuh akan ditempatkan di syurga??Yakinlah bahawa tekaan kamu itu meleset (kesian..). Tiada tempat syurga manusia bertopengkan syaitan seperti kamu ini. Tidakkah kamu takut untuk menghadapi mati kelak? Tidakkah kamu fikir saat2 roh kamu keluar dari jasad? Tidakkah kamu terfikir jika kamu bunuh orang lain, apakah keluarga kamu nanti akan selamat daripada mangsa pembunuhan oleh orang lain pula? Heyy!! Tidakkah kamu terfikir saat2 keluarga si mati meratapi dengan penuh kesedihan di atas kematian orang yang mereka sayangi? Masih belum terlambat untuk kamu menginsafi diri kamu itu....Kamu masih ada masa untuk memohon keampunan kepada Allah.


Cara Mengatasi

Cara mengatasinya sangatlah mudah iaitu kembalilah kepada Islam. Kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah....Undang2 yang dicipta manusia ini tidaklah sesempurna jika dibandingkan dengan ciptaan Pencipta kita. Jika kita amati sejarah pada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga zaman Saidina Ali, hanya lebih kurang beberapa orang sahaja yang dihukum mati. Ini menunjukkan Undang2 yang ditetapkan o
l
eh Allah sangatlah adil dan tidak membebani sesiapa. Secara tidak langsung ia dapat
mengurangkan kadar jenayah. Begitu juga bagi yang terlanjur melakukan jenayah, mereka akan lebih bersedia untuk tampil menyerahkan diri mereka untuk dihukum dengan undang2 Islam demi untuk mengelakka
n hukuman di akhirat. Inilah yang berlaku pada zaman Rasulullah, dan Khulafa' al- Rasyidin. Berbeza dengan undang2 sivil yang langsung tidak ada hubungan dengan iman atau aqidah. Keberkesanan undang2 sivil bergantung sepenuhnya kepada kekerasan undang2, penguatkuasaan dan pengawalan pemerintah. Oleh itu, tidak ada alasan lagi yang boleh diberi anda atau sesetengah pihak dalam melaksanakan undang Islam. Jika kita menghadapi apa2 masalah,
dengan pantas kita menadah tangan m
emohon kepada Allah, kenapa apabila menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan masyarakat kita tidak kembali kepada Pencipta kita??

"...Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim." Al-Baqarah 2:229

Fikir2kanlah......




Saturday, November 13, 2010

Salam Perubahan & Aku Kembali ke Dunia Blogger

Salam kepada semua pengunjung tegar blog ini. Tiada kalian, maka blog ini tidak akan bernyawa. Disebabkan setiap hari terdapat pengunjung yang mengunjungi blog ini, maka saya ikatkan kembali semangat saya dalam meneruskan wadah ini dalam mencetuskan perubahan hidup kita dari baik kepada yang lebih baik. Sebelum ini semangat saya sangat rapuh dalam meng"update" blog kerana masa yang ada menjadi penghalang untuk saya meluangkan masa walaupun seketika. Namun, diharap sekembalinya semangat baru ini, saya akan terus menyubur dan menyerikan blog ini dengan artikel2 yang membawa manfaat kepada semua walaupun ia berkenaan diri saya. Saya rasa cukuplah dahulu setakat ini. Yang baik datangnya dari pencipta, dan yang tidak baik datangnya dari makhluk yang dicipta.


Dah3.....

Saturday, July 17, 2010

PERJUANGAN BELUM SELESAI !!

Salam

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana sudah lama blog saya tidak dihiasi dengan entri2 yang terbaru supaya dapat menyegar dan membugarkan minda kita. Ini kerana kehidupan saya sudah memasuki satu fasa yang baru yakni alam yang penuh dengan cubaan dan dugaan. Tanggal 4 Julai 2010, saya telah memasuki satu alam yang baru dalam kehidupan saya iaitu alam kampus. Pada mulanya diri berasa sangat janggal dan tidak dapat menyesuaikan diri di tempat yang baru. Di sekeliling kampus saya merupakan sebuah kota raya yang boleh menguji dan menggetarkan keimanan seseorang. Di dalamnya pula terdapat pelbagai jenis manusia dengan caranya yang berbeza, ada yang berfesyenkan kebaratan, ketimuran mahupun kekampungan. Semuanya terletak pada diri masing2 untuk memandu dirinya sama ada ke arah kebaikan ataupun keburukan. Sepatutnya setiap pelajar itu harus menanam satu niat dalam diri apa sebenarnya tujuan mereka datang ke universiti, apakah mereka mahu mengejar cita2 dengan merebut ilmu2 sebanyak mungkin ataupun hanya untuk menghabiskan duit "mak bapak" kalian? Lu thinking la sorang2.....

Setelah 2 minggu berada di sini, diri ini sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang 100% berbeza ini. Pada mulanya, minda ini seakan2 kosong dan tidak mengerti apa2 tentang kehidupan di sini dan adakalanya seperti orang yang bodoh dan dungu. Tetapi dari semasa ke semasa kita belajar dan belajar sesuatu yang baru dan mengaplikasikannya, insyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Saya selalu memotivasi diri ini dengan mengatakan bahawa kita berada di sini kerana ia merupakan satu tanggungjawab kita terhadap agama, ibubapa dan diri kita dalam menuntut ilmu. Perjuangan masih belum selesai dalam menjayakan visi2 yang kita impikan. Oleh itu, berjuanglah kamu sehingga ke titisan darah yang terakhir!!

Sunday, June 27, 2010

IDOLAKU

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebihmengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu, kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebihmencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW·
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


Personaliti Baginda
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:-

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..-
Aku melihat cahaya dari lidahnya.-
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.-
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan..-
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.-
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.-
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.-
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.-
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.-
Wajahnya seperti bulan purnama.-
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.-
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.-
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.-
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.-
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.-
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.-
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.-
Janggutnya penuh dan tebal menawan.-
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.-
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.-
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.-
Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.- Seimbang antara kedua bahunya.-
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.-
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.-
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.-
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.-
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.-
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.-
Warna putihnya lebih banyak.-
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.-
Warna kulitnya putih tapi sihat.-
Kulitnya putih lagi bercahaya.-
Binaan badannya sempurna, tulang-
temulangnya besar dan kukuh.-
Badannya tidak gemuk.-
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.- Perutnya tidak buncit.-
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Wednesday, June 16, 2010

AMAZING!!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321




Now, take a look at this...


101%




From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals
100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than
100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER
100%.

How about ACHIEVING
101%?


What equals
100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%



But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%



Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!