BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 29, 2010

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ADIK AMINURASYID

Salam. Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan khabar kematian seorang remaja belasan tahun iaitu Aminurasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis. Sedih rasanya apabila kita mendengar berita ini. Kematian adik Aminurasyid sungguh tragis untuk digambarkan. Seorang remaja yang tidak melakukan jenayah berat tiba-tiba ditembak mati. Adakah ini memberi isyarat supaya rakyat Malaysia berhati-hati apabila keluar rumah, takut-takut ditembak seperti ini? Bagaimana perasaan keluarga mangsa untuk menghadapi dugaan yang hebat ini? Walaupun kita tahu bahawa bukan semua anggota polis bersikap demikian, namun jangan disebabkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu, pihak atasan harus mendisiplinkan anggota mereka supaya kejadian seperti ini tidak berulang kembali. Realitinya, pihak polis banyak berjasa kepada negara kita dan itu kita tahu. Tetapi mereka haruslah melakukan sesuatu supaya rakyat Malaysia tidak memandang sinis akan peranan pihak polis. Akhir kata, diharap keluarga mangsa dapat menerima dugaan ini dengan tabah kerana "Semakin kuat cubaan dan dugaan, Semakin tinggi iman seseorang". Sekian

0 comments: