BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 2, 2010

POLITIK OH POLITIK!




Salam. Saya kembali lagi dengan entri terbaru. Kalian pasti teruja dan terkejut apabila melihat tajuk di atas. Sememangnya saya bukanlah penganalisis politik yang bertauliah, apatah lagi penganalisa yang tegar mahupun politikus yang aktif melaungkan retorik setiap saat dan ketika.
Namun saya rasa terpanggil untuk menulis tajuk ini disebabkan suasana berpolitik pada masa kini amat menggerunkan dan kadangkala mampu membuat rakyat tertawa di kedai kopi melihat gelagat ahli2 politik yang ala2 "Raja Lawak". Saya berhak untuk mengkritik dan mengulas suasana politik di tanah air ini berdasarkan perkara 10(1)(a) bahawa "tiap2 warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran. Cehh!! Macam "lawyer" la pulak. Haha.

Apakah sebenarnya yang terjadi pada masa kini?

Sejak 8 Mac 2008, suasana politik di Malaysia kian berubah dan berubah. Sejak daripada itulah pelbagai perkara dan isu terjadi sehinggakan isu yang kecil diperbesar2kan. Kedua2 belah pihak seakan2 tidak mahu mengalah dan mereka menimbulkan isu2 yang baru supaya rakyat sedar akan isu itu. Mereka mencari kesalahan2 yang boleh dibuat modal untuk menyerang musuh mereka. Media massa dan elektronik juga bertanggungjawab menjadikan sesuatu isu itu sebagai "Top News". Apabila ini berlaku, suasana berpolitik itu akan menjadi2 dan sampai satu tahap rakyat sudah mula muak dengan semua ini. Bagi saya kita tidak perlulah memperbesarkan sesuatu isu atau sengaja mencari kesalahan semata2 dapat memberi kelebihan kepada sesetengah pihak. Rakyat sekarang sudah bijak memilih mana yang benar dan mana yang salah. Lagipun kerajaan sering melaungkan bahawa minda rakyat Malaysia adalah minda kelas pertama. Jadi dalam hal ini, rakyat hanya akan memerhati tingkah laku politikus2 dan mereka hanya akan membuat keputusan melalui kertas undi sahaja.

Saya tidak perlu mengulas dengan panjang tentang ini kerana rata2 rakyat sudah bijak untuk menilai dan membuat perbandingan. Lagipun majoriti rakyat Malaysia sudah pandai mengakses internet dan membuat facebook untuk diri mereka sehinggakan mereka menjadi ketagih untuk "berfacebooking". haha. Pendirian saya jelas, saya tidak menyebelahi mana2 pihak dalam hal ini. Kalian mahu tahu saya menyokong parti apa? Sebenarnya, setiap undian adalah rahsia, jadi tak payahlah nak tahu. hehe. Saya tinggalkan entri ini dengan satu persoalan,
"Mungkinkah semua yang terjadi ini menunjukkan rakyat mahu suatu perubahan yang holistik? "


5 comments:

Mimi said...

Perrrgghhh!!!!!!!! pandai anda berpolitik yea... muda2 dh ikut perkembangan politik...bagus2.. :):) keep it up... sy pcaya suatu hari nanti anda akan mahir dalam bidang ini..or maybe u will replace one of them... InsyaAllah

Fit10 said...

Thanx a lot....Maybe it will become reality or not, all depends on our luck....he3

Mimi said...

InsyaALlah... wish the best for u... mmg msa dpn kita sudah ditentukanNya ttp kita sndiri pun boleh ttntukan & membentuk masa depan dan arah tujuan kita.. tak gitu?

Fit10 said...

Thanx....Yup....Yg pnting usaha dan usaha, lps 2 tawakal....huhu

Anonymous said...

silap hari bulan tiap kali PRU..kamu boleh jadi penganalisis politk nih,lbh kurang mcm Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff...