BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 27, 2010

CINTA ITU BUTA KE?




Salam. Betul ke cinta itu buta? Kenapa tidak ada cinta yang rabun? Kalau cinta itu rabun atau berselaput, mungkin boleh kita gunakan "Permata Hijrah" untuk mengubati kerabunan itu. Tetapi sayangnya, rata-rata orang di dunia ini hanya mengungkapkan bahawa cinta itu buta. Jika cinta itu buta, mungkinkah ini penyebab berlakunya gejala sosial yang membimbangkan kita pada hari ini? Bagi saya, cinta itu tidak buta kerana cinta itu adalah sebuah perlambangan perasaan, hati, jiwa yang suci dan ikhlas. Cinta yang suci dan hakiki adalah cinta kepada Allah dan Rasulullah S.A.W.. Namun , kita akan membincangkan cinta dalam konteks hubungan sesama manusia. Cinta kadangkala mampu mengubah tingkahlaku dan perangai seseorang. Sebelum bercinta, perangainya adalah sebaik2 manusia. Dia amat mengambil berat akan keluarga dan rakan2nya di sekelilingnya. Tetapi selepas menjalinkan hubungan yang indah, dia sudah tidak mengambil berat lagi tentang keluarganya mahupun rakan2nya. Semua ini gara2 demam bercinta sehingga terlupa orang yang terdekat. Dia seolah2 dipukau oleh cinta dan ini barulah boleh digelar cinta itu buta! Cinta itu menjadi buta kerana cinta itu tidak dipandu oleh batas2 dan syarat2 perhubungan sesama manusia. Cinta itu telah dipengaruhi oleh nafsu yang menjadikan seseorang itu melupakan segala2nya yakni panduan yang digariskan oleh agama sehinggalah membawa kepada keterlanjuran yang melampau. Oleh itu, terjadilah penyakit sosial yang kronik yang tiada penyelesaiannya.

Semasa bercinta, mulut tidak lekang dengan "I Love U" dan "U Love Me". Sehinggakan kekasihnya kentut pun pasangannya berkata, "Nape awak kentut wangi eh?" haha. Kalau kentut pun bertukar wangi, maka eloklah kekasihnya itu kentut selalu demi mengeratkan perhubungannya itu. Apabila sudah berkahwin, timbullah perkataan "I Hate U" dan "U Hate Me". Apabila si isteri kentut, si suami akan berkata, " Nape awak nie kuang ajo sangat ah, bau kentut awak 2 boleh membuatkan saya sesak nafas dan awak xkan cium bau syurga tau x! " haha. Begitulah sedikit entri pada kali ini. Semoga kita dijauhkan dengan perkara yang membuatkan kita tersasar daripada batas2 agama. Imam Nawawi ada berkata, "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika engkau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu. "

2 comments:

Mimi said...

Assalamualaikum.. hahaha u make me laugh when reading your posting lately..

Ungkapan 'Cinta itu Buta' adalah x benar kerna yg buta bkan perasaan cinta tu ttp empunya badan sndiri yg buta tuk menilai.. Cinta tu suci & bersih lahirnya tanpa dipaksa oleh sesiapa dn hadirnya tanpa dipinta.. Ble sseorang tu dilamun cinta dialah yg mnentukan hala tuju cinta tu sndiri.. ibarat nakhoda kapal yg mmpunyai kuasa mutlak keatas kapal tersebut.

Semasa bercinta semuanya indah ttp setelah berkahwin semuanya alakadar shj kerna sikap yg sejak azali dikalangan kebanyakan masyarakat melayu yg x menitik beratkan soal romantik/gentlemen.. kerna mrk fikir mrk sudah memiliki sidia..

Andainya semua org yg bercinta mengikut landasan & batas2 agama pastinya gejala2 sosial yg meruncing spt skang ni x berlaku..btol?

Fit10 said...

Salam....Yup, nice xplanation.....Semua yang anda katakan itu betul melainkan yang benar belaka....Thanx 4 ur feedback.....he3