BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 18, 2010

KAMU SEORANG MANUSIA ATAU SEEKOR BINATANG?





Salam kepada pembaca setia di blog ini. Nampaknya blog saya sudah sedikit berhabuk walaupun baru beberapa hari saya tidak mengupdate blog ini. Hari ini saya kembali untuk membersihkan habuk ini dengan entri2 yang terbaru. Tentu kalian terpaku melihat tajuk di atas atau kalian mungkin sedang berfikir di minda global kalian apa yang dimaksudkan itu? Sebenarnya, entri pada kali ini ingin menyentuh tentang gejala yang sangat kritikal pada masa kini iaitu seorang ibu sanggup membuang bayi lantas membunuhnya, ibu bapa sanggup mendera anak mereka sehingga mati, manusia pula sanggup melakukan perkara yang kejam demi memenuhi nafsu dan kepentingan diri mereka seperti membunuh, meragut, dan sebagainya. Kita akan menyentuhnya satu per satu.


  • Seorang ibu sanggup membuang bayi lantas membunuhnya.
Apakah Ibu jenis ini seorang manusia? Ataupun seekor binatang? Jika kamu seorang manusia, kenapa kamu melakukan amalan jahiliah sedangkan pada masa kini kita sudah ada agama dan kitab petunjuk? Mungkin juga kamu seorang yang sifar agama yakni tiada sedikitpun ilmu agama untuk mengenal yang mana HALAL dan HARAM. Kamu memiliki akal untuk berfikir, lainlah jika kamu seekor binatang yang tidak dikurniakan akal fikiran. Walaupun binatang tidak mempunyai akal, namun semua binatang sayang akan anaknya. Jadi, kamu adalah lebih teruk daripada binatang. Maaf, saya tidak tujukan ia pada kaum wanita jenis ini sahaja malah kaum lelaki sekali. Mana mungkin seorang Ibu melahirkan anak tanpa ada seorang bapa. Si bapa ini hanya pandai mengeluarkan ayat power untuk mencairkan si wanita ini, apabila sudah dapat dan membuntingkannya, si bapa tadi hanya buat tak tahu. Dia terus membiarkan si Ibu tadi keseorangan menderita tanpa bertanggungjawab. Isshh saya tidak boleh mengulas lanjut, hati ini berasa sangat geram+marah+bengang. Konklusinya, si Ibu dan si Bapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Jangan hanya mahu berseronok seketika tanpa memikirkan kesannya. Orang ini hanya boleh digelarkan sebagai orang yang #@$%*!!

  • Ibu bapa sanggup mendera anak mereka sehingga mati
Si Isteri: Abang, udah 2 tahun kita kawen masih xde anak. Ayang risau le...
Si Suami: Sebenarnya, abang pun risau la ayang. Abang rasa ayang nie mandul la.....
Si Isteri: Apa abang cakap nie haa!! Ayang dari remaja lagi makan jamu dan ayang tahu ayang x mandul.....Abang le yang mandul!!
Si Suami: Allo, tolong sikit!! Abang hari2 minum Power Root....So, abang x mandul k!!

Begitulah sedikit dialog di atas untuk menggambarkan bahawa untuk mendapat anak bukanlah senang. Kebanyakan masyarakat kini, apabila sudah ada anak, mereka merasakan anak itu menyusahkan. Oleh itu, terjadilah penderaan kanak2 ini. Pada mulanya hanya jarang2, lama2 menjadi satu tabiat sehingga membawa kepada kematian. Jadi, renung2kanlah wahai ibu bapa sekalian. Orang yang tiada anak mahukan anak, orang yang ada anak tidak menghargai anak itu. Inilah dunia!!

BERSAMBUNG.....

1 comments:

Mimi said...

skang ni 'zaman jahiliah abad ke21' kejadian kes2 buang bayi ni smakin menular dlm msyarat kita sndiri..

sy rse salah pd pasangan tu & parents mrk krna sbg parents kita kne terapkan didikan agama yg tinggi pd ank2.. parents skang biarkan tggungjwb ini kpd ustaz/ustazah 100% sdangkan sbg ketua/pnlong ketua kuarga mrk yg patut beri ilmu agama pd ank2 sndiri dn tugas ustz/ustazh d sek hnya mmbantu shj... tp apa2pun ank2 muda skang patut thu mna baik dn buruk wlaupn tiada didikan dr parents but they have 2 think n should have initiative to get d information ttg agama thru internet,buku2, rakan2 & guru2..

Ingatlah Tuhan maha mengetahui siapa dan di mana IBU2 KEJAM itu berada....