BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU CIKGU!




" Cikgu Ku, Cikgu Jamil, Cikgu Rahim, Cikgu Zul, Cikgu Aini, Cikgu Salbiah, Cikgu Aishah, Cikgu Maznah, Sir CTG, Ustazah Mohayati, Ustazah Wan Malis, Ustazah Noratini, Ustazah Rajimah, Ustaz Mad Zain Al-Hafiz, Yb Ustaz Ramli Tusin, Teacher Suzzane, Cikgu Zakaria, Cikgu Rosni, Cikgu Nasuha, Cikgu Ashikin, Cikgu Rosli, Cikgu Fedli, Cikgu Jamilah, dan cikgu-cikgu sekalian "


Salam kepada semua dan guru2 di seluruh Malaysia. Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang bersejarah bagi setiap yang bergelar guru. Guru itu umpama bulan yang menerangi bumi. Begitulah juga dalam konteks guru dan pelajar, setiap pelajar tidak akan pandai dan berilmu jika tiada guru yang mengajarnya. Perbezaannya cukup jelas jika kita membandingkan orang yang bersekolah dan tidak bersekolah. Orang yang bersekolah akan mempunyai daya fikiran yang jauh lebih baik daripada orang yang tidak bersekolah. Paling jelas orang yang bersekolah akan mengenal huruf dan pandai membaca dan juga sebaliknya. Orang yang bersekolah juga mempunyai profesion pekerjaan yang lebih baik. Semua ini adalah disebabkan oleh guru. Setiap guru akan mengajar perkara2 yang baik belaka supaya ilmu yang baik itu dapat diadaptasi dalam kehidupan seharian. Sebenarnya, saya bukanlah seorang pelajar yang baik pada zaman sekolah dahulu kerana kerap kali saya tidak menghadirkan diri pada Hari Guru di sekolah saya. Sehinggakan ada guru saya yang berkecil hati dan merajuk tapi bukanlah merajuk dengan saya seorang kerana ramai lagi rakan saya yang tidak hadir. Haha kelakar bukan tetapi semua ini menjadi kenangan manis yang akan terus terpahat di jiwa sanubari saya. Sejak saya berada di tadika sehinggalah ketika berada di tingkatan 6, pelbagai jenis dan perangai guru yang saya jumpa. Rata2 sikap mereka membuatkan saya ketawa seorang diri. Tetapi mungkin ia juga satu ilmu untuk kita mengenal sikap dan kelakuan mereka seterusnya kita dapat mengambil hati mereka supaya kita dapat menggembirakan suasana. Pada tahun ini, saya tidak merasai lagi suasana persekolahan itu. Alangkah bahagianya jika kita dapat memutarkan kembali masa itu. Tetapi itu semua fantasi dan ilusi semata2, jika kita pejam mata 33 minit pun pasti ia tidak akan berlaku. Realitinya, masa yang berlalu itu akan terus berlalu pergi dan masa yang ada sekarang harus kita hargai walaupun setiap saat yang berdetik. Awas! Janganlah kita membuang masa dengan "berfacebooking", sms, menonton drama bersiri yang meleret2 jalan ceritanya, merayau tidak tentu hala, termenung, chatting, dan 1001 macam lagi. Nampaknya saya sudah tersasar dari tajuk asal dan saya harus berhenti setakat ini, jika tidak ia mungkin akan jauh tersasar sehingga tersesat di Kampung Expo. Sebelum saya mengakhiri, terimalah serangkap pantun dari saya:

Ikan pepuyu mudik ke hulu,
Sampei ke hulu ayornye dalam,
Barang siapa kasihkan guru,
Lidahnya lembut hatinya terang.

2 comments:

Mimi said...

tulisan yg penuh jiwa....

Fit10 said...

Thanx...he3