BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 4, 2010

PETUA UNTUK BELAJAR SUBJEK SEJARAH

Subjek sejarah memang suatu subjek yang memerlukan para pelajar membaca dengan banyak. Subjek ini juga sering kali digelar oleh para pelajar sebagai subjek yang bosan, tidak menghiburkan, mengantuk dan pelbagai gelaran lain. Tetapi sesungguhnya, sesiapa yang melupai sejarah, pasti akan mengulangi sejarah tersebut. Namun, ini bukanlah penghalang bagi mereka yang meminati subjek sejarah. Mereka akan membiarkan segala kata2 nista terhadap subjek ini dan kata2 itu jugalah yang membakar semangat mereka untuk membuktikan bahawa segala telahan dan keluhan segelintir orang adalah tidak benar sama sekali. Bagi mereka, biar berdentum guruh di awan, akan ku buktikan sampai semua tertawan . Di sini saya kumpulkan petua2 untuk belajar sejarah daripada rakan2 saya. Antaranya-

  1. Sentiasa membuat analisis mengenai soalan tahun2 lepas dari semasa ke semasa.
  2. Tekankan tema 1 dan 2 kerana selalunya tema ini merupakan soalan wajib keluar.
  3. Membuat nota kecil. Jangan tulis ayat formal, cuma tulis ayat yang membuatkan anda faham.
  4. Selalu belajar dalam berkumpulan. Mesti sering bertukar2 soalan.
  5. Jika mengantuk, cepat2 suruh rakan2 anda menanyakan kepada anda dan begitulah sebaliknya.
  6. Jangan paksa diri jika mood tidak baik.
  7. Setiap hari peruntukkan beberapa jam untuk membaca.
  8. Bagi pelajar STPM, seelok2nya selalu membaca skema jawapan. Ini mungkin akan membantu anda untuk menjawab soalan dengan baik dan hebat.
  9. Jangan baca semua tema sekali lalu, pasti akan lupa.
  10. Harus pandai meramalkan soalan yang menjadi "favourite" pada tahun itu.
  11. Sentiasa bertanya kepada guru dan rakan2.
Yang penting, belajar ikut style dan skill masing2 kerana dengan cara itu sahajalah anda akan faham. Sekali lagi diulangkan bahawa ini bukan tips daripada saya tetapi rakan2 saya yang telah berjaya. Sekian

0 comments: